Ibrahim Ali meninggal dunia!!!
CHUCHUH PUTERI, 1 Julai - Calon PAS, Abe Uji disambut mesra oleh penduduk sekitar Chuchuh Puteri semasa beliau menziarahi sekitar kawasan tersebut baru-baru ini.
Beliau sempat singgah di majlis ceramah sempena sambutan Israk Mikraj yang diadakan di kawasan lapang depan sebuah sekolah rendah. Selain bagi tujuan ziarah mesra, beliau turut meluangkan masa menjamu selera dengan penduduk sekitar.
Di dalam majlis tersebut, seorang lagi penceramah dari Kias Nilam Puri, Ustaz Mohd Azhar Abdullah mengingatkan penduduk bahawa tafsiran 1 undi adalah bersamaan dengan 1 kuasa.
"Pilihan raya ke-11 telah menunjukkan PAS hanya menang dengan 2 majoriti, sejarah Kemuning dan Manek Urai yang berjaya mengekalkan lagi kepimpinan ulamak di Kelantan ini," ujar beliau dalam majlis anjuran urusetia penerangan negeri
Majlis yang dihadiri kira-kira 200 orang penduduk sekitar itu turut di sampaikan sumbangan oleh wakil persatuan isteri-isteri wakil rakyat (PURNAMA) kepada penduduk yang layak.
Abe Uji yang meluangkan masa selama hampir 2 jam melawat kawasan sekitar turut tidak ketinggalan meluangkan masa seketika di dua buah rumah yang baru diberitakan kehilangan ahli keluarganya.
Sumbangan peribadi dihulurkan kepada kedua-dua ahli keluarga allahyarham Ibrahim bin Ali yang meninggal pada jam 3.30 petang akibat sakit tua dan allahyarhamah Norzilawati yang meninggal akibat sakit jantung di usia muda.
Di sepanjang jalan, Abe Uji tidak melepaskan peluang berhenti di kedai-kedai kopi untuk bertegur-sapa dan bersalaman dengan penduduk kampung. Kehadiran beliau disambut mesra penduduk tempatan.
Ternyata, sepanjang kehadiran beliau kemana sahaja, rata-ratanya penduduk tempatan mengenali dan menyambut mesra calon pilihan rakyat itu.
sos cap kipaslipas udang keluaran bumiputera 100% lol Read more...
Saya bukan kafir!
sos cap lipaslipaskudung
MUAR: Kelunakan bilal memperdengarkan azan setiap pagi di surau berhampiran rumah selama 20 tahun membuka pintu hati seorang wanita untuk memeluk Islam.
Biarpun tidak mengetahui maksud di sebalik seruan solat itu, Lina Poh Abdullah, 62, sering bangun jam 4 pagi semata-mata untuk mendengar azan sebelum terpaut menjalani kehidupan sebagai orang Islam seperti kebanyakan penduduk di kampungnya.
Akhirnya pada 2006, dia memeluk Islam bersendirian manakala bekas suami dan empat anak masih menganut agama asal.
Bagaimanapun, dia yang baru bernikah dengan lelaki lain hampir dua bulan lalu kesal berikutan dihina, malah dituduh kafir apabila menegur perbuatan sekumpulan remaja supaya tidak melepak dan membuat bising berhampiran rumahnya.
“Saya pantang orang tuduh saya kafir sedangkan mereka tidak tahu banyak pengorbanan terpaksa dilalui orang seperti saya untuk memeluk Islam,” kata Lina yang menjadi mangsa penghinaan ‘kutu tembok’ di sini.
Menurutnya, pengalaman pahit itu bermula sejak 2007 apabila sekumpulan remaja sering mengeluarkan kata-kata yang menyentuh hatinya sebagai seorang Islam selepas tidak berpuas hati dengan tindakannya menegur tabiat buruk mereka.
Paling menyedihkan, dalam kejadian terbaru Jun lalu, beberapa remaja tergamak menyuruhnya keluar Islam.
Malah, katanya, dia turut dicerca supaya tidak mengerjakan solat lima waktu selain tidak perlu berulang-alik ke masjid dan surau serta membuka tudung dipakainya sejak memeluk Islam.
“Apa salah saya sehingga sanggup menyuruh berbuat demikian serta menuduh saya kafir selain mengugut membunuh saya.
“Saya menangis semalaman kerana tidak tahan diperlakukan sedemikian dan tidak lena tidur. Saya benar-benar sedih dan kecewa…kerana terlalu sedih, saya buka tudung selama tiga hari, hujung bulan lalu.
“Saya rasa bersalah, tapi kerana terlalu sedih saya ikutkan hati, tetapi memakai semula selepas dinasihatkan seorang kenalan yang bertugas sebagai anggota polis,” kata Lina yang menjaga dua cucunya yang bukan Islam pada hari kerja, manakala hujung minggu pulang ke Pagoh untuk bersama suami.
Lebih mengecewakan, kata wanita itu, anaknya yang bukan Islam turut menjadi mangsa apabila keretanya di depan rumah pernah dicalar beberapa bulan lalu.
Apabila masalah itu diajukan kepada pemimpin masyarakat, dakwa Lina, dia diminta berpindah jika tidak boleh menerima suasana kejiranan di situ.
Katanya, dia terpaksa membuat pengorbanan besar apabila mengambil masa 20 tahun sebelum tercapai impian memeluk Islam.
“Ketika mahu memeluk Islam, anak masih kecil dan saya tidak mahu apabila mereka besar dipersalahkan kerana memaksa mereka menukar agama,” katanya.
Disebabkan bimbang keselamatannya, Lina sudah beberapa kali membuat aduan di Balai Polis Muar dan terbaru pada 22 Jun lalu.
Sementara itu, Mufti Johor, Datuk Mohd Tahrir Shamsuddin, berkata umat Islam perlu sentiasa bersangka baik dengan saudara baru bukan dengan mencaci dan menghina mereka.
Katanya, kehadiran saudara baru perlu diterima secara terbuka dengan sentiasa diberi sokongan sebaik mungkin supaya menjadi mukmin sejati.
“Jurang pemisah atau sempadan antara saudara baru dengan umat Islam asal tidak seharusnya wujud kerana dalam agama akidah yang menyatukan kita. Kehadiran mereka menambah lagi kekukuhan Islam,” katanya.
sikap pemimpin masyarakat melayu..tau sgt.perangai mmg cm pukimak cket.. Read more...
Tok Pa ckp Tok Guru N.A melampau?sapa sebenarnya melampau?
aku bace dlm utusan on9 just now..
"
Turut hadir, Pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin.
‘‘Manek Urai akan menjadi titik perubahan kepada Kuala Krai, Kelantan dan negara,” katanya.
"
bagi aku kenyataan yg cukup bodoh dr pengurusi UMNO negeri kelantan.sape yg melampau sbnrnya?
- Pada 30 Januari 2008 di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya, bekas Presiden UMNO, Tun Dr. Mahathir membuat pengakuan dihadapan lebih 30 orang pengamal media dengan mengaku telah dipaksa oleh pemimpin-pemimpin UMNO supaya menyekat sebarang bentuk bantuan oleh Kerajaan Pusat kepada Negeri Kelantan. Tun berkata, “… bukan sahaja Mustapha (Mohamed) tetapi pemimpin-pemimpin UMNO lain pun mintak sekat”. Pengakuan ini dibuat ketika mengulas pengakuan Dato’ Mustapha Mohamed yang ketika itu Menteri Pelajaran Tinggi dan ahli Dewan Undangan Negeri Ayer Lanas di dalam Dewan Negeri Kelantan.
- Pada 24 November 2007, Dato’ Mustapha Mohamed ketika membahaskan usul ucapan terima kasih terhadap titah ucapan Tuanku Al Sultan Kelantan telah mengaku menekan Tun Dr. Mahathir supaya menyekat Negeri Kelantan dari menerima peruntukan dari Kerajaan Pusat.
sapa lg melampau?
melabelkan parti yang ber-idelogikan secular dan nationalist sgb fahaman sesat atau...
menyekat bantuan kepada kerajaan beridelogikan quran dan sunnah?yg secara tidak lansung menyekat hak-hak rakyat kelantan yg telah memilih kerajaan pimpinan Tok Guru.
tidakkah ini menyalahi prinsip2 demokrasi?
Lu pikir sndiri laa stopa...rakyat kelantan bukan senang ko nak kencing.sbb tu since 1990 parti ko xpenah menang pownnnnnn....
BERSAMA KEPIMPINAN TGNA
Read more...
Subscribe to:
Posts (Atom)


